Saturday, November 10, 2018

WELCOME TO OUR BLOG

Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu menyediakan satu blog pendidikan berkaitan dengan Pengurusan dan Pembelajaran. Dalam blog ini, kami akan berkongsi ilmu untuk kita belajar bersama-sama. Anda juga boleh lawati laman blog individu kami sebagai tambahan ilmu.
We’re hoping to make this an interactive place where readers can come to share their thoughts on our stories. Have fun! So thats all for today. Thank you. In the meantime, happy reading 😇

Blog ini disediakan oleh :
Aina' Rasyidah Binti Samsuddin
D20162075698

Siti soleha bt sairi
D20162075757

Mohd Hafiz Bahar
D20172081031

Noor robiatul adawiyah bt abd rahim
D20162075774

Fatin Najihah binti Abdul Basir
D20162075762

Mohd Haiqal Bin Jaimudin
D20172080917

Muhd Harith Bin Mokhtar
D20172080695

Muhammad Arif Bin Haris
D20172080827

Muhammad Fairul Redzuan bin Zamri
D20172081161

TEORI INTERAKSIONISME


 Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931).Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.

Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai  perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. iaitu: 

Aktiviti harian: 
Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,murid-murid,pentadbiran dan seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian. 

Kebebasan : 
Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri. 

Makna: 
Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si  pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si  pelakunya. 

Interaksi : 
Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.

TEORI KONFLIK


 
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan  berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.

ANDAIAN TEORI KONFLIK 
  1. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 
  2. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh  persaingan-persaingan ekonomi. 
  3. Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan

TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN 

-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan  pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya .Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. 

-Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status  budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan
dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah. 

-Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan sosialisasi. 

-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala  jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap ekonominya rendah.
 
-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. 

-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan
“credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat. 

-Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.

TEORI FUNGSIONALISME

Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling  bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung  pada guru untuk mendapatkan ilmu,guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan Kurikulum.Ia berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak.Tujuan ia adalah untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara.Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi. 

Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),adalah orang yang pertama mula mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan.Beliau mementingkan tentang bahagian-bahagian dalam masyarakat yang masing-masing mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan kepaduan di antara mereka dan ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.

Andaian teori fungsionalisme 
  1. Segala yang dilakukan oleh sekolah dipersetujui oleh semua pihak dalam masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem  persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah. 
  2. Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.

TEORI FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN 

- Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.

 - Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.Sebagai contoh Durkheim dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat. 

-Menurut beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya. 

-Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu sama lain untuk memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama. 

-Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.Mengikut teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada  perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya. 

-Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat yang telah ditetapkan.

TEORI-TEORI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN


Perspektif teori digunakan oleh saintis untuk menyediakan penghuraian yang logik mengapa kejadian-kejadian berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku (Ballantine 1989).Teori menjadi pemandu untuk meneliti bagaimana dunia sosial beroperasi.Interpretasi teori mungkin berlainan dalam membincangkan data-data yang sama.Teori-teori umum sosiologi pendidikan masih terbahagi kepada makro dan mikro dan terdapat tiga aliran yang utama iaitu:

 *Teori struktul fungsionalisme 
*Teori konflik 
*Teori interaksionisme

Thursday, November 8, 2018

VIDEO DARI YOUTUBE

Dibawah ini kami telah menyediakan beberapa link dari youtube yang boleh anda lawati untuk mencari maklumat lebih lanjut mengenai subjek pengurusan dan pembelajaran dalam negara dan di luar negara.
selamat belajar 😉




BUKU BAHAN BACAAN

Dibawah ini kami tunjukkan beberapa contoh buah buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi subjek pengurusan dan pembelajaran 
😊 semoga bemanfaat untuk anda semua. 








WELCOME TO OUR BLOG

Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu meny...