Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat
mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana
terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh
sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan
bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan
oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931).Manakala
ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam
bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
Teori ini lebih
menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang
terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi
sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi
dengan guru.Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas
sosial dalam masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa
andaian yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. iaitu:
Aktiviti harian:
Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia
melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh
aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh
guru-guru,murid-murid,pentadbiran dan seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan
adalah hasil daripada aktiviti harian.
Kebebasan :
Aktiviti harian bukan
merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang
kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri.
Makna:
Setiap
perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si
pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya
oleh si pelakunya.
Interaksi :
Aktiviti harian jarang merupakan aksi
persendirian semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang
lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin mengangkat tangan untuk
menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan tersebut,sama ada
murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin mengelak diri
atau tidak mahu dianggap bodoh.
Wynn Resorts names Julie Cameron-Doe as its - KTM Hub
ReplyDeleteWynn Resorts Ltd. has named Julie Cameron-Doe 사천 출장안마 as its new 속초 출장마사지 Chief 안산 출장마사지 Operating 전라북도 출장마사지 Officer and Chief Operating 정읍 출장마사지 Officer.