Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah
komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita
dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung pada guru untuk mendapatkan
ilmu,guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan
kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan Kurikulum.Ia
berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak.Tujuan ia adalah untuk
mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara.Pendekatan
fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai
peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama
lain untuk berfungsi.
Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),adalah orang
yang pertama mula mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan
pendidikan.Beliau mementingkan tentang bahagian-bahagian dalam masyarakat yang
masing-masing mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan
kepaduan di antara mereka dan ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada
masyarakat moden.
Andaian
teori fungsionalisme
- Segala yang dilakukan oleh sekolah dipersetujui oleh semua pihak dalam masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah.
- Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.
TEORI
FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN
- Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan
ahli masyarakatnya.
- Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk
mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang
terdapat dalan sesebuah masyarakat.Sebagai contoh Durkheim dalam bukunya Moral
Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat.
-Menurut
beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai
dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya.
-Setiap pihak dalam masyarakat
perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu sama lain untuk
memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya
matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama.
-Teori fungsionalisme
seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.Mengikut teori ini semua
kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada
perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan
paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya.
-Teori ini juga menekankan kepada
struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam sesebuah sekolah kita dapat
melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam
sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat yang
telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment