Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara
individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing
mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut
Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat
yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di
mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan
berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan
untuk mendapatkan bahagian mereka.
ANDAIAN
TEORI KONFLIK
- Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik.
- Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi.
- Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan
TEORI
KONFLIK DALAM PENDIDIKAN
-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan
teori konflik dengan pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi
utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya .Hubungan di
antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan
kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut.
-Beliau juga
menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana
status budayanya diperkukuhkan
melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan
dengan
halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah.
-Sekolah berfungsi memberi
latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan sosialisasi.
-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam
masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga
sosioekonominya tinggi manakala jawatan berstatus rendah pula dipegang
oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap ekonominya rendah.
-Teori
konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis
masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga
mereka.
-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang
mementingkan
“credential”
iaitu satu
alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Mereka yang
datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini
untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat.
-Konflik sering berlaku dalam
sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja
pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka
timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di
arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia
kanak-kanak.Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang
tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat mereka terpaksa menerima
tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.
No comments:
Post a Comment