DEFINISI SOSIOLOGI :
Literal: socio (teman – greek/latin) + logos (ilmu/pengetahuan)
•Kajian mengenai masyarakat
Operasi: Kajian mengenai kehidupan
sosial, perubahan sosial yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat dan juga penyebab perubahan
sosial (social causes) dan juga kesan tingkah
laku individu dalam sesuatu institusi sosial
dan sebaliknya
Sosiologi pendidikan merupakan kajian
sistematik dan saintifik tentang interaksi
manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
Sosiologi melibatkan manusia oleh itu
skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan
dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan
pendidik harus tahu peranan mereka dalam
dunia sosial. Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik
perlu berupaya melihat kehidupan dirinya
dan kehidupan orang lain sebagai berada pada
struktur sosial tertentu. Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat
di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.
Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi.
Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan
antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk
sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
No comments:
Post a Comment