Perkataan
budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu “budhi” dan “daya”. Menurut Mohd Taib
Osman(1988) budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan keadaaan sekeliling. Budaya sekolah merujuk kepada cara dan gaya guru
dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Budaya sekolah merupakan sebahagian
budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Di
dalam budaya sekolah, terkandungnya corak idea, norma,pemikiran dan nilai-nilai
yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Antara budaya yang
terdapat dalam sekolah itu ialah budaya belajar, budaya berpakaian, budaya
hormat-menghormati, budaya membaca dan budaya penyayang. Budaya ini selalau
dipraktikkan dalam sekolah bandar dan
luar bandar. Budaya-budaya ini harus dilaksanakan dan diamalkan dalam diri
pelajar supaya ia kekal dalam kehidupan mereka. Seterusnya,budaya berpakaian juga
penting dalam peringkat sekolah kerana ia akan membentuk peribadi mereka dan ia
boleh membezakan pakaian pelajar sekolah dengan pakaian awam. Kesimpulannya,
pengurusan pelbagai budaya amat penting dalam kehidupan pelajar dan boleh
mengajar mereka erti berdisiplin. Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak
bekerja seorang diri, apa pun tugasnya dan peranannya seseorang itu tetap
perlukan orang lain unuk membantunya atau terlibat sama. Oleh itu, budaya yang
baik itu harus perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati,
nasihat-menasihati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WELCOME TO OUR BLOG
Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu meny...

-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita ...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terla...
No comments:
Post a Comment