Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,
sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima, dan
memberi pelajaran. Sekolah juga dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk
mendidik anak-anak. Persekitaran membawa maksud kawasan di sekeliling suatu
tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan
masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran
sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Hubungan sekolah
dan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang diupayakan oleh sekolah agar
dapat diterima di tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati
dari masyarakat. Sekolah adalah tempat untuk pelajar menuntut ilmu dan mencapai
matlamat dan cita-cita yang mereka inginkan. Hubungan ini juga termasuklah dalam hubungan sekolah
dengan ibubapa. Hal ini kerana, ibubapa akan memainkan peranan di sesebuah
sekolah dengan memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Strategi
yang baik yang merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa adalah melalui
PIBG. Selain itu,ibu bapa perlu menjadi model dan role kepada anak-anak. Guru
juga merupakan pengganti kepada ibu bapa dan gurulah yang akan menjaga pelajar
tersebut ibarat anak mereka sendiri. Kebajikan murid penting dan ia terletak
dalam di bahu guru tersebut.
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran adalah satu perkara penting
dalam membangunkan sesebuah sekolah dan menaikkan nama sekolah tersebut. Guru
perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kedua mereka supaya pelajar tersebut
merasa tidak terpinggir. Dengan sekolah, pelajar dapat menuntut ilmu dan dapat
belajar erti kehidupan dan berdisiplin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WELCOME TO OUR BLOG
Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu meny...

-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita ...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terla...
No comments:
Post a Comment