Terdapat beberapa ciri strategi yang boleh
dititikberatkan antaranya bilik darjah, makmal dan studio. Menurut
Richard(1990) mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan
kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa
pembelajaran berlangsung supaya pengajarn dapat dilaksanakan dengan berkesan. Terdapat
beberapa jenis bilik darjah dan penyusunan bilik darjah adalah penting dalam
kelas. Pengurusan bilik darjah yang baik akan meningkatkan pengajaran yang
efektif dan berkesan termasuklah rutin bilik darjah. Selain itu,ia penting bagi
penyimpanan rekod dalam pengurusan ini. Di dalam pengurusan ini terdapat
beberapa sumber dan klasifikasi dalam bilik darjah yang boleh digunakan oleh
pelajar. Kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran adalah penting
bagi pelajar untuk berinteraksi dengan guru. Hal ini kerana,ia akan memudahkan
sesuatu pengajaran dan pelajar boleh memahami sesuatu subjek. Selain itu,bilik
darjah juga memainkan peranan sebagai tempat untuk belajar dan boleh menarik
minat pelajar untuk belajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WELCOME TO OUR BLOG
Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu meny...

-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita ...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terla...
No comments:
Post a Comment