Pengurusan ialah satu proses yang merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber yang lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan
(Stones,1984). Menurut Sharpe(1989),sekolah merupakan organisasi yang unik dan
terdapat dimana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurusan yang
berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi
lain. Terdapat beberapa konsep dalam kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
iaitu mengawal, merancang, pengalaman, dan mengarah. Pengurusan dan
pembelajaran pelajar yang berkesan menggunakan keperluan fisiologi, pengurusan
masa, iklim bilik darjah, tahap pembelajaran,keluarga , tingkah laku , emosi
dan sebagainya. Kemudahan atau tempat belajar merupakan salah satu faktor dalam
pengurusan dan pembelajaran dan sekiranya ada pelajar yang tidak dapat mendapat kemudahan
yang secukupnya sama ada di sekolah atau rumah, ia akan menjejaskan pengajaran
dan pembelajaran mereka. Kaedah yang digunakan dalam pengurusan atau
pembelajaran ialah kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait
dengan model, prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu,ia juga menggunakan
kaedah set induksi yang baik, yang mampu menarik minat pelajar seperti bahan
bantu mengajar yang digunakan oleh guru dan sebagainya. Sekiranya pelajar
mempunyai masalah dalam pembelajaran, guru perlu mengambil tindakan dengan
melakukan kelas tambahan kepada mereka kerana dengan adanya kelas tambahan mereka
dapat meluang masa dan mempunyai masa yang lebih untuk belajar dan mengulangkaji
pelajaran bersama guru dan membuat ceramah motivasi tentang pentingnya
pelajaran. Kesimpulannya,pendidikan adalah tanggungjawab bersama
keluarga,masyarakat,dan pemerintah. Sekolah merupakan sebagai pembantu
kelanjutan pendidikan dan rumah kedua bagi pelajar untuk menuntut ilmu. Tanpa
guru.ilmu yang dipelajari tidak akan diperolehi oleh pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WELCOME TO OUR BLOG
Blog ini merupakan “BLOG KUMPULAN” yang direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini kami perlu meny...

-
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita ...
-
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terla...
No comments:
Post a Comment